Monday, July 14, 2008


Surat Bantahan Rancangan Mengutip Caj Kemasukan ke Bukit Wangsa Cheras.
- letter faxed on 11th July 2008 and receipt acknowledged

Leong Ooi Kuan,
Ahli Majlis Perbandaran Kajang,
Majlis Perbandaran Kajang,
Jalan Semenyih,
43000, Kajang, Selangor.
Tel: 012-3811528
__________________________________________________________
Kepada,
Tuan Nor Akhirrudin Bin Mahmud 11 Julai 2008
Pengarah Jabatan Perhutanan,
Tingkat 3, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Melalui Faks
40660, Shah Alam, Selangor.
Faks:03:55102358

Salinan kepada,
1. YAB Tan Sri Dato Abd Khalid,
Menteri Besar Negeri Selangor,

2. YB En.Ronnie Liu
Ahli Exco Negeri Selangor

Tuan,

Kerja Pengindahan Bukit Wangsa Cheras, Batu 9,Cheras Dan Pengenaan Caj Kemasukan

Salam sejahtera dan selamat tengah hari!

Dengan hormatnya diminta pihak tuan mengizinkan saya memperkenal diri saya, saya Leong Ooi Kuan, merupakan ahli Majlis Perbandaran Kajang. Tujuan saya mengutuskan surat kepada pihak tuan adalah untuk menyampaikan mesej yang saya terima daripada sekumpulan pendaki Bukit Wangsa Cheras ataupun Bukit " Ah Bak", Batu 9, Cheras, Selangor.

2. Untuk makluman pihak tuan, semasa saya mengunjungi bukit tersebut untuk bersenaman setiap minggu, saya difahamkan oleh dua orang pegawai dari Jabatan Perhutanan negeri Selangor bahawa, kerja-kerja memperindah sekeliling bukit tersebut mula dilaksanakan. Dan, caj sebanyak RM1 akan dikenakan kepada sesiapa yang ingin memasuki kawasan tersebut!
3. Kumpulan pendaki bukit dan pencinta alam semulajadi berasa sungguh kecewa dan sedih hati keatas keputusan berikut. Mereka mengharap agar pihak kerajaan Negeri Selangor baru yang mereka memberi sokongan dan menaruh harapan besar sedia membatalkan rancangan tersebut.

4. Berikut merupakan sebab-sebab bantahan kenaan caj sebanyak RM1;
a. Pendaki-pendaki Bukit Wangsa Cheras, Batu 9, Cheras menjadikan tabiat mendaki bukit tersebut suatu aktiviti seharian sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka suka akan keaadan bukit berkenaan yang semulajadi. Buat masa kini, kawasan tersebut telah pun dilengkapi dua buah bilik "Tukar pakaian". Ini adalah mencukupi. Kerja-kerja pengindahan seperti mendirikan tandas-tandas awam dan tempat makan adalah tidak diperlukan.


b. Ekonomi negara bertambah semakin buruk. Golongan pendaki bukit yang tidak berkemampuan membelanja telahpun menyesuaikan diri mereka dengan cara mengurangkan belanjawan, mereka mengunjungi bukit Wangsa Cheras untuk bersenam dan bermandi di air terjun demi meringankan beban mereka . Dengan pengenaan sebanyak RM1, usaha mereka dalam mengurangkan belanjawan terjejas.


c. Kebanyakan pendaki bukit merupakan golongan warga tua yang telah bersara. Mereka mendaki bukit demi menjaga kesihatan. Pengenaan caj kemasukan ke kawasan tersebut akan membebankan mereka. Golongan tua ini terpaksa membelanja sekurang-kurangnya RM360 setahun untuk menjaga kesihatan!


d. Ramai rakyat menaruh harapan besar keatas pucuk pimpinan kerajaan Selangor yang baru ini. Pengenaan caj kemasukan ke kawasan ini tidak akan mendatangkan apa-apa faedah dari segi sokongan daripada rakyat malah mencetuskan kemarahan mereka yang cinta akan semula jadi dan kesihatan.


5. Dengan demikian, saya berharap mesej yang saya sampaikan melalui surat ini dapat dipertimbangkan oleh pihak YB, golongan pendaki bukit mengharapkan sebuah kerajaan yang bertimbang rasa, belas kasihan dan mencintai rakyat yang telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya yang baru berakhir!


6. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih

Yang benar,

LEONG OOI KUAN

Thursday, July 10, 2008


LIFE IS BEAUTIFUL!
A friend of mine suffers Depressive Illness. She tends to feel depressed all of a sudden, keeps thinking that her life is meaningless,all her friends do not like her anymore, her work is boring, her superior is tough-to-handled, her appearance is getting worse with pimples popping out...etc..!

Whenever i date her out, she will repeatedly tells me that she wants to commit suicide, no point for her living in the world!

but hey!come on...not only that i told this to her but i want to tell the same to all of us here that; please stop thinking how well and hospitable others should treat you, but start thinking how can we treat others well and hospitable! there will always be pay back time, why must we concern ourselves so much at the first place? think of others fisrt and very soon we will be taken care of!

sigh.......advice after advice, she is improving day by day. I still hope that her parents manage to get her consult a psychologist....hey!wake up! the world is beautiful and colorful, dont blind up yourself!