Thursday, April 16, 2009


Kenyataan Oleh Ahli Majlis MPKJ, Cik Carmen Leong berkenaan pembatalan secara " Kilat" perjumpaan antara penduduk Taman Kemacahaya dengan pihak Kolej Masterskil.


Saya berasa terkejut apabila saya diberitahu oleh kakitangan MPKJ secara tidak formal bahawa perjumpaan yang penduduk lama menunggu-nunggukan itu telah dibatalkan. Pembatalan tersebut dibuat pada saat terakhir tanpa pengetahuan saya walaupun saya adalah pihak yang meminta mengadakan perjumpaan tersebut.

Saya ingin mengecam perbuatan Dato YDP MPKJ, iaitu Dato Yang DiPertua, Dato Hassan Nawawi yang menunjukkan beliau tidak hormat pada para penduduk.Beliau membuat pembatalan tanpa sebarang sebab munasabah diberikan sedangkan semua pihak telah bersiap sedia untuk datang ke perjumpaan tersebut.

Dato YDP juga telah menunjukkan sikap tidak hormat kepada ahli majlis , saya yang selama ini mengendalikan kes aduan berkenaan sejak bulan Ogos 2008. Saya tidak dirujuk sebelum sebarang keputusan membatal perjumpaan tersebut dibuat. Apabila saya menghubungi pihak Dato YDP, beliau telah meninggikan suaranya dan memberi penjelasan yang tidak memuaskan.

Dato YDP juga telah mengingkari arahan daripada pihak kerajaan Selangor yang mengarah setiap PBT mesti sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Kerajaan Selangor baru ini telah berusaha melancarkan banyak program baru untuk menjaga kebajikan penduduk dan merakyatkan ekonomi Selangor, tetapi dalam kes ini, Dato YDP gagal berbuat demikian, beliau telah menghancurkan hasrat penduduk yang ingin bertemu denagn pihak Masterskil untuk mengadakan perbincangan dan penyelesaian keatas mimpi ngeri yang dialami oleh mereka selama 4 tahun!

Dengan ini, saya ingin syorkan kepada Menteri Besar Kerajaan Selangor iaitu YAB Tan Sri Khalib Ibrahim, untuk menukar YDP ini secepat mungkin agar digantikan oleh seorang YDP yang betul-betul menitikberatkan kebajikan penduduk di Kajang.


Saya ingin juga mengecam perbuatan seorang Ahli Majlis yang telah lupa akan Misi beliau dipilih sebagai seorang Ahli Majlis. Beliau dipilih untuk menjaga kebajikan penduduk, beliau seharus mendengar kesusahan dan kesulitan penduduk kawasan sekitar Kolej Masterskil tetapi beliau gagal berbuat demikian, malah telah memberi sokongan yang sekuatnya kepada pihak masterskill.

Saya mengesyorkan supaya pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan, YB Tuan Ronnie Liu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Majlis berkenaan yang telah gagal melaksanakan tugas sebagai seorang ahli majlis yang dipilih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Sekian, Terima Kasih
carmen leong

No comments: