Hanya RM300 untuk Ibu Tunggal,
Tetapi RM400 juta untuk Istana Negara Baru !!!!!!
Pada hari sabtu yang lepas, saya berpeluang hadir ke suatu aktiviti anjuran
Parti Tindakan Demokratik ( DAP) kawasan Cheras. Aktiviti kebajikan ini diadakan oleh DAP Cheras setiap tahun sebelum menyambut Tahun Baru Cina.Aktiviti tersebut diadakan bagi tujuan menghulur bantuan dari segi kewangan dan barangan kepada golongan warga tua, ibu tunggal dan yang kurang keupayaan.
Yang hadir lebih kurang 80 orang termasuk golongan budiwan yang turut hadir memberi angpow kepada kanak-kanak di situ. Golongan yang menerima bantuan berasa terharu and gembira terhadap golongan dermawan yang murah hati dan juga DAP Cheras yang mengambil berat keatas mereka. Sebagai sukarelawan, kami semua turut berasa gembira melihat air muka golongan ini selepas menerima bantuan.
Saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengan seorang ibu tunggal ( di sini saya namakan " kak Yong") yang kehilangan suami akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu. Kak Yong terpaksa melupakan kesedihanya dan gigih meneruskan misi sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak lelaki. Apabila ditanya, kak Yong memberitahu saya bahawa dia menerima tajaan sebanyak
RM300 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Wilayah Persekutuan.
Ini amat mengejutkan saya! Kak Yong bekerja sebagai seorang tukang pembersih pejabat yang menerima gaji kasar sebanyak rm800 sebulan, ditolak dengan caruman EPF and Socso, Gaji bersih yang diterima lebih kurang RM700. Ditambah pula RM300, ini bermaksud Kak Yong dan keempat-empat orang anaknya hanya boleh membelanja
RM 1000 dalam sebulan sahaja! biar saya cuba senaraikan anggaran belanjawan bagi Kak Yong,
Andaikan kak Yong :
- berjalan kaki ke tempat kerja
- makan masakan dari rumah untuk sarapan pagi dan tengah hari
- tidak memiliki telefon bimbit
- memakai hanya baju lama ataupun pembelian orang lain
- tidak membeli pakaian baju, buku-buku rujukan kepada keempat-empat orang anak
- tidak menonton wayang di pawagam
- tidak membeli apa-apa perlindungan insuran
- tidak menghadiri ke majlis perkahwinan
- tidak membeli suratkhabar yang berharga minima RM36 sebulan
- tidak menikmati perkhidmatan Astro
- tidak memiliki kenderaan sendiri kecuali basikal
andaian Perbelanjaan sebulan kak Yong adalah seperti berikut,
- Tambang Bas ke sekolah(4 orang anak, andaikan RM4 seorang, bersekolah 6 hari)-RM384
- Belanjaan ke atas makan(dimasak oleh kak Yong, andaikan RM15 sehari)-RM465
- Bayaran sewa rumah PPR-Rm124
- Barayan bil Elektrik- RM50
- Bayaran bil air- Rm10( sebelum harga air dinaikkan dan setiap ahli keluarga dibenarkan mandi sekali sehari tanpa memasak air panas)
- Bayaran Telefon- RM35( andaikan mereka jarang membuat panggilan, bayaran ini merupakan bayaran sewa telefon yang wajib dibayar)
Jumlah anggaran perbelanjaan asas- Rm 1068.00! tetapi dengan hanya Rm1000 setiap bulan, adakah Kak Yong dapat menjalani kehidupannya tanpa tekanan? adakah anak-anak Kak Yong yang masih kecil memahami kesenggsaran ibunya dan memendamkan keinginan membeli baju-baju, buku-buku cerita, permainan dan sebagainya?
Saya berasa sedih selepas berbual dengan Kak Yong, salah seorang daripada ibu tunggal yang hadir pada hari itu. Terdapat begitu banyak lagi kes sedemikian di selurah negara, kes- kes yang mungkin lagi teruk daripada apa yang dialami Kak Yong.
Dalam hati saya, saya turut berfikir,
- Mengapakah pihak kerajaan sudi menghabiskan RM400 juta untuk membina sebuah istana yang canggih yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat jelata dan lebih berfungsi sebagai sebuah bangunan hiasan bagi tujuan menarik pelancong luar negara?
- pihak kerajaan wajar menjaga kebajikan rakyat jelata.
Saya yakin kes-kes jenayah seperti perompakan, ugutan, meragut beg, pembunuhan, pergaduhan akan dapat dikurangkan jikalau setiap rakyat Jelata hidup dalam keadaan yang stabil yang mana keperluan-keperluan asas mereka dapat dipenuhi.